top of page

1.0        Pengenalan

 

            Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPG KDA) diwujudkan mulai Januari 2019, selaras dengan penambahbaikan Pusat Pembangunan Akademik (PPA) IPGM kepada Pusat Kecemerlangan Akademik (PKA). Penubuhan JKA bertujuan melaksanakan tiga fungsi PPA sedia ada yang diturunkan ke IPG kampus. Fungsi ini melibatkan proses penggubalan kurikulum, penyebaran kurikulum dan penyediaan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran. Penurunan tiga fungsi PPA menjadikan IPG kampus sebagai Pemberi Pengajian Tinggi yang berautonomi dan bertanggungjawab memastikan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan akademik dijalankan dengan lancar dan berkesan bagi memenuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan keperluan prosedur kualiti MS ISO 9001:2015.

 

            Tiga fungsi PPA yang diserahkan kepada IPGK adalah seperti berikut:

 

i.  Merancang dan menggubal kurikulum latihan perguruan kursus praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut prosedur kualiti yang ditetapkan

ii.  Merancang, menyebar dan mengorientasikan pelaksanaan kurikulum latihan perguruan

iii. Merancang dan menghasilkan bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran kursus  praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut prosedur kualiti yang ditetapkan

 

Organisasi JKA mengandungi lima unit, iaitu Unit Pengurusan Akademik, Unit Program Pengajian Akademik, Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik, Unit Pengembangan Profesionalisme Akademik dan Unit Pengurusan Pembelajaran Digital. Secara amnya, setiap unit mempunyai peranan masing-masing namun saling berkaitan bagi memastikan jabatan ini dapat menjalankan fungsinya secara sistematik dan berkesan dalam mengurus, merancang dan menyelaras pelaksanaan program akademik di IPG kampus agar mematuhi standard kualiti yang ditetapkan. Selain itu, JKA juga berperanan membantu Pusat Kecemerlangan Akademik IPGM melaksanakan fungsinya dalam hal-hal yang berkaitan akademik dengan lebih berkesan.

 

2.0        Fungsi Jabatan

​

2.1  Menyelaras dan memastikan proses penggubalan kurikulum, penyebaran kurikulum dan penyediaan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara sistematik, profesional dan berkesan mengikut keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan memenuhi prosedur kualiti MS ISO atas arahan Senat Institut-institut Pendidikan Guru dan IPGM

​

2.2  Menyelaras dan memantau semua aktiviti pengurusan akademik institut berdasarkan garis panduan IPGM, prosedur MS ISO dan MQA yang sedang berkuat kuasa

​

2.3  Menyelaras dan memantau pelaksanaan PdP dan pentaksiran dijalankan mengikut keperluan IPGM dan IPGK

​

2.4  Menyelaras pelaksanaan pemantauan kurikulum dan penambahbaikan berterusan (Closing the Loop) bagi program / kursus yang dilaksanakan

​

2.5 Memantau dan mencadangkan tindakan penambahbaikan berterusan berhubung hal akademik untuk dikemukakan kepada Pusat Kecemerlangan Akademik dan mana-mana pihak yang berkenaan

​

2.6 Memantau penyebaran pindaan atau penambahbaikan dalam struktur program terkini

​

2.7 Memantau perancangan, reka bentuk dan pengurusan pembelajaran digital

bottom of page